PERKHIDMATAN SOKONGAN
Bagi melengkapkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit KPMC juga menyediakan perkhidmatan sokongan bagi meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatannya serta keselesaan kepada pesakit. Perkhidmatan sokongan yang ditawarkan adalah :-
FARMASI
Farmasi KPMC terletak di tingkat bawah dan dilengkapkan dengan berbagai jenis ubat-ubatan yang bermutu tinggi dan diuruskan oleh doktor yang bertugas dan pegawai farmasi yang berpengalaman
MAKMAL PERUBATAN
Makmal perubatan ini diuruskan oleh seorang Juruteknologi Makmal, berkelulusan Sarjana Muda Sains. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan terkini. Antara peralatan yang dimiliki ialah haematology analyzer, immunulogy analyzer dan chemistry analyzer
Bagi keselesaan pesakit luar, makmal ini ditempatkan di tingkat bawah. Ujian makmal yang dikendalikan termasuk ujian air kencing, dan darah sperti Serum Bilirubin, Full Blood Picture dan lain-lain.
PERKHIDMATAN AMBULANS
Perkhidmatan ambulans disediakan 24 jam kepada pesakit-pesakit bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan untuk dihantar ke hospital lain. Kemudahan ini juga dibuka kepada mana-mana klinik atau pesakit yang perlu menggunakan ambulans.
PERKHIDMATAN X-RAY
Kami juga turut mempunyai bilik x-ray yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Di antara khidmat x-ray yang ditawarkan ialah dada, tulang, HSG, dan IVP
FOMEMA
Pemeriksaan perubatan untuk pekerja asing
