PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan KPMC ialah:-
Memberikan rawatan perubatan terbaik, cepat,cekap, selamat, bertimbang rasa serta sesuai dengan penyakit dan menghormati kebudayaan dan agama masing-masing
Merujuk kepada unit tertentu atau hospital kerajaan atau swasta tentang sebarang masalah yang timbul
Memaklumkan kepada pesakit dan keluarga tentang penyakit yang dihidapi dan menerangkan keperluan sebarang prosedur atau pembedahan, sebelum mendapatkan sebarang tandatangan
Memastikan rekod dan segala maklumat pesakit adalah dirahsiakan
Semua pesakit akan dirawat oleh doktor dan jururawat yang bertauliah dan berpengalaman,
Semua pesakit akan menerima nasihat dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit, rawatannya, dan ubat-ubatan.
